Thursday, April 14, 2011

kreativiti...

Cara membuat bahan kreatif dengan menggunakan tin..


Kreativiti di kala boring kot, hehe.. Tapi memang kena "respect" lah sebab setiap hasilnya boleh dikatakan mengagumkan sebab punya ketelitian yang tinggi.. Bukan senang nak bina jika tiada kesabaran yang tinggi dan daya imaginasi yang luas.. Jom kita saksikan..


Tin pun boleh jadi kereta....
1. Rim (perlukan 8 penutup bawah tin)







2. Rangka (potong penutup bhagian atas & bawah tin)

3. ukur bahangian tin yang mana sesuai....



4. Bahagian rangka kereta di bina...

Perhatikan bagaimana panel samping tampaknya mempunyai kesan ditekan didalamnya. Lapisan ini melibatkan lebih rendah tertutup dengan biasa, dan lapisan atas dengan lubang melaluinya. Kawasan yang sama dapat dilihat masing-masing  menutupi sehingga grafik mengikuti dari satu tahap yang lain.
5. Penutup suapan bahan bakar...
        
penutup suapan bahan bakar sebenarnya adalah sebuah skru cermin kubah krom.
6. Bahagian bawah kereta..
                 

Dengan adanya Coca-Cola yang ada tiga jenis sekarang, saya mempunyai pilihan untuk meletakkan  lebih warna ke dalam kereta. Di sini anda dapat melihat bahawa saya telah menggunakan Coke Zero hitam untuk bahagian bawah.

7. Bahagian hadapan kereta...
                 
Kisi-kisi ini dibuat dengan cat hitam. Indiwinkers adalah cincin yang dihiris nipis dari hujung tabung aluminium, dengan cakera kecil balsa yang dimasukkan ke dalamnya.

8. Lampu belakang..
               
Ini adalah pengulangan dari indiwinkers bahagian hadapan.

9. kerusi & dalaman kereta..

Anda boleh lihat berapa banyak bahan boleh ditambah seperti pin, klip kertas, skru kecil dan kad.

10. Selesai..
                   





CATAN INSPIRASI HIDUPKU & JIWAKU

SAYA PERCAYA, ESOK SUDAH TIDAK BOLEH MENGUBAH APA YANG BERLAKU HARI INI, TETAPI HARI INI... MASIH BOLEH MENGUBAH APA YANG AKAN TERJADI PADA HARI ESOK.. OLEH ITU, YANG INDAH ADALAH SENI DAN SENI ITU ADALAH KEINDAHAN. JADIKANNYA SEBAGAI ATURAN HIDUP UNTUK MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM APA JUA YANG DILAKUKAN, PASTI AKAN MENGHASILKAN KECEMERLANGAN. SELAMAT DATANG KE HALAMAN RUMAHKU YANG DIHIASI KEHIDUPAN SEORANG INSAN BERJIWA SENI..


Lukisan catan yang berkaitan dengan buah-buahan tempatan...

Lukisan catan pemandangan laut...

Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.



CONTOH CATAN DAN LUKISAN


Bahan yang digunakan:

Ini adalah beberapa langkah untuk menghasilkan Karya Bunga
Orkid di tunggul kelapa berlatarbelakangkan laut dan pantai......
Langkah 1....

Langkah 2.......

Langkah 3.......

Langkah 4..... Karya Siap !!!


SENI @ ART

PERMULAAN KESENIAN DI DUNIA,,,,,,



 lukisan yang menggunakan pensil..

media cat air digunakan atas lukisan ini..

Seni (Art dalam bahasa Inggeris) merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Pada masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka, seni boleh dikatakan sebagai proses dan hasil dari pemilihan saluran medium, untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut.

Wednesday, April 13, 2011

Arca Dari Bahan Buangan...Kreatif!













PETIKAN KOSMO ONLINE KREATIF OLAH BAHAN BUANGAN





SAMPAH bagi sesetengah individu mungkin menjadi khazanah bernilai andai dipandang dari sudut artistik. Bagi yang bijak memanipulasi bahan buangan seperti kertas dan plastik, tidak mustahil ia mampu memberikan pulangan berlipat kali ganda malah boleh dijadikan sumber pencarian utama terutama pelajar yang sentiasa berkehendakkan pelbagai hajat.
Penuntut tahun akhir jurusan Seramik di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd. Hanif Asri, 22, sering mendapat cetusan idea untuk menukarkan kotak-kotak minuman terbuang menjadi robot unik pelbagai bentuk dan corak.
Mula berjinak-jinak dengan dunia seni penciptaan patung kertas atau paper toys sejak mengikuti bidang diploma di universiti yang sama pada tahun 2007, kini jenama Pepatun Artwork yang dikeluarkan olehnya bersama lima orang rakan lain bertukar menjadi fenomena kegilaan remaja urban.
Tidak menduga hasil kreativiti pasukannya yang digelar Pepatun Rangers mendapat perhatian kumpulan-kumpulan muzik remaja seperti Hujan, Hanif mengakui kini permintaan yang diterima mencapai tahap di luar jangkaan.
“Kami disunting oleh kumpulan Hujan untuk berkolaborasi menghasilkan sebuah robot khas untuk album terbaru mereka, Lonely Soldier Boy,” singkapnya dalam pertemuan pertama sewaktu pameran Art Market di FSSR UiTM Shah Alam baru-baru ini. Patung kertas berwarna merah yang direka khas berkonsepkan samurai Jepun dan bersaiz 22cm tinggi itu diberi nama Lonely Soldier Bot dan mengambil masa hampir sebulan untuk melengkapkan keseluruhan ciptaan termasuk penghasilan acuan atau template.                   

Robot yang dilengkapi beg galas dan kasut yang boleh ditukar-tukar itu juga dijual pada harga pasaran RM90 dan boleh ditempah melalui pesanan dalam laman web rasmi kumpulannya,www.pepatunartwork.com.
Tambah Hanif, kertas khas iaitu orbit paper digunakan untuk penghasilan rekaan terbaru berikutan sasarannya menyuntik elemen elit dan memberi keteguhan dalam struktur asasnya.



“Mulanya kumpulan kami tiga tahun lalu dengan penghasilan patung-patung kain yang diberi nama Pepadolls. Kemudian, kami berkembang dengan berimaginasi untuk mengubah kotak minuman dan straw terbuang menjadi sesuatu yang bermanfaat dan diberikan satu kelas yang tersendiri bagi penggemarnya,” ucapnya ketika bercerita detik awal penubuhan kumpulannya bermodalkan duit sendiri.
Selain terlibat dengan lebih 30 pameran dan jualan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pepatun Artwork yang turut dianggotai Zainuri Ramlan, 22, Hafeezan Sulaiman, 22, Fazly Abu, 23, Ahmad Shafiq Aziz, 22, dan Mohammad Ridhwan Mohamad Nasir, 22, dari pelbagai fakulti itu juga berjaya melebarkan sayap ke Bumi Kenyalang dengan nama premis, Rare Boutique. Langkah itu dipergiatkan sejak setahun lalu semata-mata untuk memenuhi permintaan pelanggan di kepulauan Borneo termasuk dari Filipina dan Kalimantan.

Tempoh operasi yang singkat bagaimanapun telah berjaya melahirkan empat generasi keluaran patung kertas berbeza iaitu Strawbot yang dijual pada harga RM15, Strawbot Anatomic (RM38), Soldier Bot (RM90) dan Soldier Bot Metaphora yang bakal menemui peminatnya dalam tempoh terdekat.