Tuesday, March 8, 2011

aPe itu IkOnoGrafi??

~Ikonografi merupakan persoalan ikon yang memperkatakan tentang objek dan makna.
~Peringkat awal Panofsky menerangkan tentang objek dan makna apabila menceritakan bahawa kawannya menegur beliau dengan mengangkat topi.
~Dengan mengangkat topi itu, beliau telah mengatakan itu suatu petanda tentang objek dan makna.
~Simbol mengangkat topi adalah adalah suatu makna yang mendalam itu sama ada menghormati, menegur, bermesra dan sopan santun.
~Makna itu juga boleh dikatakan sebagai makna insprisit atau makna yang mendalam.
~Makna tersebut tidak dapat diterima pada tempat yang lain.
~Terdapat tiga objek atau makna dalam karya seni.
  1) Objek yang natural @ primary
  2) Objek yang biasa @ sekunder
  3) Makna intrinsik @ isi

1)Objek yang natural
~terbahagi kepada fakta dan ekspresi
~makna diperoleh daripada bentuk
~menurutnya bentuk adalah dihasil daripada konfigurasi garisan, warna, diperbuat daripada
  gangsa dan batu.
~objek natural adalah adalah manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, rumah dan alatan.

2)Objek yang biasa
~beliau menggambarkan sebuah arca objek lelaki yang memegang pisau mewakili 'St. Bartholmew'
  dan objek perempuan memegang buah peach adalah sebagai personaliti 'kejujuran'.
~beliau juga menggambarkan objek karya lukisan 'The Last Supper' dalam gambaran-gambaran 
 watak yang jahat dan baik.
~dalam karya di atas menunjukkan peristiwa dan makna.
~dalam hal demikian, maka dalam pengolahan karya di atas terangkumlah persoalan objek yang    digambarkan dengan peristiwa. Di samping karya tersebut mencantumkan persoalan komposisi.

3)Makna Intrinsik
~beliau mendefinisikan makna melalui sejumlah prinsip yang menentukan sikap sesuatu negara, zaman,
  kelas atau pendirikan agama dan falsafah.
~kesemuanya adalah dinyatakan melalui personaliti seseorang melalui karya seni.
~beliau telah membuktikan sesebuah karya bertajuk 'Virgin Mary' di mana Mary terbaring
  diatas sofa melutut memujuk 'Baby Jesus'. Gambaran objek hanya menunjukkan skema tiga segi.
~dari segi ikonografi mempunyai makna yang intrinsik.

No comments:

Post a Comment